Input your search keywords and press Enter.

Teresa Kok : Skim TSPKS, IPPKS Tak Bebankan Pekebun Kecil Sawit

M Update, 8/8/2019 – Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) yang diperkenalkan kerajaan tidak membebankan pekebun kecil sawit kerana kadar faedah yang dikenakan hanya dua peratus setahun.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata Kementerian Kewangan memperuntukkan RM550 juta bagi tujuan itu, iaitu RM500 juta akan diperuntukkan bagi TSPKS dan RM50 juta bagi IPPKS.

“Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mula menerima permohonan mulai 15 Ogos ini dan Agrobank akan menguruskan semua permohonan,” katanya.

Dalam pada itu, Teresa berkata, kerajaan tidak lagi memperkenalkan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) kerana mahu berlaku adil dengan agensi lain seperti FELDA dan FELCRA. Menurutnya, sekiranya kerajaan tetap memberi geran percuma kepada pekebun kecil sawit, ia mewujudkan keadaan yang tidak adil kepada peneroka terbabit.

Skim pinjaman TSPKS dijangka memberi manfaat kepada 7,000 dan 10,000 pekebun kecil dengan anggaran keluasan tanaman berjumlah 50,000 hektar.

IPPKS pula akan memberi manfaat kepada seramai 3,000 hingga 5,000 pekebun kecil sawit dengan anggaran keluasan kawasan tanaman berjumlah 20,000 hektar.

Leave a Reply