Input your search keywords and press Enter.

Ringgit dibuka tinggi susulan KDNK 2Q19 yang lebih baik

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih baik bagi suku kedua tahun ini (2Q19) yang akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1960/1990 semalam.

AmBank Group dalam nota penyelidikannya mengunjurkan 2Q19 sekitar 4.7-5.0 peratus tahun ke tahun berbanding 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Ini berikutan wujudnya petunjuk utama ekonomi 2Q19 yang lebih baik seperti indeks pengeluaran industri dan indeks pengurus pembelian,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0450/0515 daripada 5.0633/0703 yang dicatatkan sewaktu ditutup pada Isnin.

Berbanding yen, ringgit juga mengukuh kepada 3.9340/9398 daripada 3.9905/9945 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6776/6848 daripada 4.7016/0654 sebelum ini.

~BERNAMA

Leave a Reply