Input your search keywords and press Enter.

Terima Kasih Kepada Semua – Keluarga Nora Anne

M Update, 14/8/2019 – Keluarga Nora Anne Quoirin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencari remaja Ireland yang hilang itu sejak berita kehilangannya dilaporkan media sejak 4 Ogos lalu.

Menganggap pemergian Nora Anne sebagai satu menyedihkan, keluarganya juga menyifatkan kehilangannya berjaya mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mereka.

“Dia gadis cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Tindakan yang diambilnya tidak dapat kami tanggung. Hati kami patah…

“Kami akan sentiasa menyayangi Nora,” katanya dalam entri di akaun Facebook – Lucie Blackman Trust, hari ini.

Dalam kenyataan itu, keluarganya begitu menghargai usaha dilakukan semua pihak termasuk pihak keselamatan dan penduduk tempatan yang terus berusaha mencari Nora Anne.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply