Input your search keywords and press Enter.

Tentera Israel Tembak Mati Tiga Rakyat Palestin

M Update, 19/08/2019 –  Tentera Israel menembak mati tiga rakyat Palestin yang cuba melintasi kawasan Sempadan Gaza, kata tentera dan jurucakap Kementerian Kesihatan.

AFP melaporkan, kejadian berlaku malam tadi tidak lama selepas tiga roket dilancarkan dari Gaza ke Israel dan salah satunya jatuh di bandar berhampiran sempadan.

Menurut anggota perubatan Palestin, mereka menemui tiga mayat di kawasan itu selain terdapat seorang lagi lelaki mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, tiada rakyat Israel yang cedera dalam kejadian itu.

Leave a Reply