M Update, 20/08/2019 – Seramai 13 pelancong warga China terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas bas yang dinaiki terbabas dan terhumban 30 meter ke dalam gaung di Laos.
Bas terbabit membawa lebih 40 penumpang warga China dan sedang dalam perjalanan ke Luang Prabang ketika kejadian itu berlaku, semalam, kata polis.
“Buat masa ini, 13 mayat sudah ditemui manakala dua lagi masih hilang,” kata pegawai polis, Xaiyaphon Chitavong kepada AFP, sambil menambah punca kemalangan disebabkan masalah brek bas.
Katanya lagi, 31 penumpang yang cedera menerima rawatan perubatan.