Input your search keywords and press Enter.

Pelarian Rohingya Akan Dihantar Pulang Ke Myanmar

M Update, 20/08/2019 – Seramai 3,500 pelarian Rohingya di Bangladesh akan dihantar pulang ke Myanmar mulai minggu ini.

Seramai 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada Ogos 2017 daripada serangan ketenteraan di Myanmar sekaligus menyertai 200,000 orang sedia ada namun hampir tiada yang sukarela mahu pulang walaupun negara berkenaan menandatangani perjanjian penghantaran balik.

Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam, berkata dia optimis mengenai proses penghantaran balik baharu yang dijadualkan bermula pada Khamis ini.

Percubaan sebelumnya yang dibuat pada November 2018 untuk menghantar pulang 2,260 etnik Rohingya dilaporkan gagal selepas mereka enggan meninggalkan kem pelarian tanpa jaminan keselamatan di sana.

Leave a Reply