M Update, 30/08/2019 – Seorang wanita dibunuh kejam oleh anak sendiri yang menyerangnya dengan kapak sebelum otaknya dikeluarkan dan digoreng suspek, dalam kejadian di Chhattisgarh, India.
Daily Mail melaporkan, suspek, Sitaram Iraon, 32, yang tinggal di Kharsia, daerah Raigarh dituduh membunuh ibunya, Phoolbai, 50.
Menurut media tempatan, dia dipercayai membunuh mangsa kerana enggan memberikannya wang untuk membeli arak dan sering pulang dalam keadaan mabuk serta memukul ibunya.
Dia yang berang mencapai senjata tajam itu dan terus menetak ibunya sebelum mengeluarkan otak mangsa untuk digoreng.
Suspek kemudiannya cuba melarikan diri apabila dilihat oleh kakak iparnya sebelum ditahan polis semalam.
Polis berkata, lelaki yang dikatakan tidak siuman itu ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaian dipenuhi darah.
Selepas disoal siasat, dia akhirnya mengaku membunuh ibunya dan polis mengemukakan kes terhadapnya.