Input your search keywords and press Enter.

Taufan Dorian Melanda Bahamas

M Update, 03/09/2019 – Taufan Dorian melanda Bahamas semalam meragut sekurang-kurangnya lima nyawa setakat ini dan bencana itu juga memaksa perpindahan besar-besaran di pantai timur Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Bahamas, Hubert Minnis menyifatkan bencana alam itu sebagai tragedi bersejarah di kepulauan berkenaan.

“Setakat ini, Pasukan Polis Diraja Bahamas mengesahkan lima terbunuh di Abaco,” kata Minnis dalam satu sidang akhbar.

“Pasukan penyelamat akan segera ke Abaco bagi mengenalpasti dan melakukan penilaian penuh serta terperinci,” katanya.

Dorian berubah menjadi taufan Kategori 5 sebaik mendarat di Abaco membawa angin berkelajuan sehingga 290 kilometer sejam.

Pakar kaji cuaca meramalkan, taufan itu akan terus membadai Bahamas sehingga hari ini.

Terdahulu Pertubuhan Palang Merah (IFRC) meramalkan lebih 13,000 bangunan mungkin berdepan risiko kerosakan atau kemusnahan akibat Dorian. – AFP

Leave a Reply