Input your search keywords and press Enter.

Semua Universiti Awam Wajib Laksana Dasar Inklusif OKU

M Update, 6/9/2019 – Kesemua 20 universiti awam di seluruh negara wajib melaksanakan Dasar Inklusif Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU bermula sesi kemasukan pelajar 2019/2020, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menerusi garis panduan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Dasar Inklusif OKU itu dilaksanakan bertujuan menghapuskan pengasingan pelajar OKU daripada pelajar lain, katanya. Ia juga dapat memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan berterusan diberikan kepada pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di universiti awam dan swasta.

Bagaimanapun, universiti swasta digalak untuk melaksanakan garis panduan yang sama dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar OKU mendapat hak pendidikan sama rata dengan pelajar lain,” katanya. Setakat ini beberapa universiti awam dan swasta telah menggubal dan mula melaksanakan Dasar Inklusif OKU antaranya Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Malaysia bagi universiti awam, serta Universiti Nottingham bagi universiti swasta.

Universiti berkenaan juga telah menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU yang memberi khidmat sokongan khusus kepada pelajar dan kakitangan OKU di institusi berkenaan. Pihaknya menjangkakan tempoh untuk pelaksanaan dasar itu adalah sehingga 2025 untuk semua universiti awam.

Leave a Reply