Input your search keywords and press Enter.

Jerebu : IPU Sri Aman Catat Tahap Berbahaya

M Update, 17/9/2019 – Satu kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya apabila Sri Aman mencapai bacaan 367 pagi ini.

Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 220. Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 10 pagi ini, lapan kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (159), Sarikei : (149), Sibu (168), Bintulu (129), Mukah (141), Samalaju (113), Institut Latihan Perindustrian Miri (106) dan Miri (126).

Bacaan yang dipaparkan di laman sesawang http://apims.doe.gov.my

Sehubungan itu juga, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan lagi kualiti udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk.

Selain itu bagi kawasan yang terjejas teruk, topeng muka hendaklah dipakai bagi mengelakkan kesihatan dan pernafasan mereka dari terjejas.

Leave a Reply