Input your search keywords and press Enter.

Jerebu – Dua Penerbangan Patah Balik, Satu Dilencongkan

M Update, 18/9/2019 – Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpatah balik hari ini berikutan jarak penglihatan terhad ekoran jerebu yang semakin teruk di negeri ini.

Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata kedua-dua penerbangan itu masing-masingnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (LTAK) di Medan, Indonesia.

Manakala atu lagi penerbangan dari Singapura ke Pulau Pinang terpaksa dilencongkan ke LTAK sementara penerbangan dari Bangkok ke LTAPP terpaksa ditangguhkan.

Ketika ini jarak penglihatan yang direkodkan di LTAPP ialah 1,500 hingga 1,700 meter dan setakat ini juga tiada penerbangan yang dibatalkan.

Operasi di LTAPP masih berjalan lancar dan tiada penumpang yang terkandas akibat jerebu di Pulau Pinang setakat ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply