Input your search keywords and press Enter.

Jerebu Semakin Buruk Di Indonesia

M Update, 24/09/2019 – Sejak langit Jambi menjadi merah mulai Sabtu lalu, keadaan jerebu di Indonesia semakin buruk dengan tiga kawasan mencatat bacaan kualiti udara amat buruk iaitu sehingga hampir 800.

Menurut laporan Tribun News, IPU pada jam 12 tengah hari dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia semalam di Jambi mencatat bacaan 763 manakala Pekanbaru, 694.

Indonesia menggunakan PM10 untuk mengukur Indeks Pencemaran Udara (IPU) manakala Malaysia berdasarkan PM2.5.

PM10 (particulate matter) ialah partikel bergaris pusat kurang daripada 10 mikrometer manakala PM2.5 partikel bergaris pusat kurang daripada 2.5 mikrometer.

CNN Indonesia melaporkan, IPU di Sampit, Kalimantan Tengah, pada jam 8 pagi mencapai 588 manakala bacaan pada jam 12 tengah malam kelmarin, di Palembang mencatat 683.

BMKG Indonesia menetapkan lima tahap IPU dengan status tidak sihat antara 151 hingga 250, amat tidak sihat pada 251 hingga 350 dan berbahaya jika melebihi 350.

Media Indonesia melaporkan jerebu akibat kebakaran hutan negara itu juga sudah sampai ke Phuket, Thailand dan Filipina, terutama di Cebu.

Selain itu, beberapa kawasan di Indonesia yang sebelum ini tidak dilanda jerebu, mula merasai kesannya, termasuk Medan Aceh.

Menurut CNN Indonesia, jurucakap Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana Phuket, Charn Jindachote berkata, jerebu menyelubungi Phuket setiap tahun akibat kebakaran hutan di Indonesia, namun keadaan tahun ini yang terburuk berikutan tiada hujan.

Menurutnya, IPU di Phuket kini melepasi 158 iaitu status tidak sihat.

Selain Phuket, kawasan selatan Thailand juga dilanda jerebu, termasuk di Hat Yai dan Songkhla dengan IPU dicatat pada 93.

Sementara itu, Gabenor Riau, Syamsuar, mengisytiharkan darurat di wilayah itu disambung sehingga 31 September.

Semua sekolah ditutup dan wanita hamil dilarang keluar bekerja.

Leave a Reply