Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2019

NADMA, Wisma Putra, TUDM Bincang Bawa Pulang Pelajar Malaysia

M Update, 24/9/2019 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengadakan mesyuarat bersama Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi ini, berhubung keperluan operasi evakuasi pelajar Malaysia di beberapa daerah di Indonesia yang terkesan dengan jerebu. Perjumpaan itu dijadualkan berlangsung di ibu pejabat NADMA, Putrajaya pada pada jam…

IPU Melebihi 500, Riau Diisytihar Darurat Jerebu

M Update, 24/09/2019 –  Wilayah Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500. Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga hujung bulan ini, bergantung kepada keadaan semasa. Memetik media tempatan, Syamsuar berkata pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif…

Keputusan Inkues Adib : Balai Bomba Disaran Adakan Solat Hajat, Tahlil

M Update, 24/9/2019 – Seluruh balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran mengadakan solat hajat dan tahlil menjelang keputusan inkues kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim Jumaat ini. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bersama enam Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dalam kenyataannya menyarankan agar solat hajat dan tahlil…

UNGA 2019 : Jadual Padat Menanti Dr Mahathir

M Update, 24/9/2019 – Dengan jadual padat, ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi individu yang sibuk apabila berada di bandar ini dari 24 hingga 28 Septmber ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74 apabila pemimpin dunia berkumpul untuk perhimpunan diplomatik tahunan itu. Memimpin delegasi Malaysia…

Tapak Sampah Jadi Tempat Lahir

M Update, 24/09/2019 – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang tinggal di tapak pelupusan sampah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 20 tahun. Kanak-kanak berketurunan Gipsi itu tidak tahu dia sebenarnya sakit bersalin dan ditemui menjerit ketakutan oleh pengawal tapak pelupusan sampah itu yang terus menghubungi talian…

Thailand Kini Dilanda Jerebu

M Update, 24/09/2019 – Beberapa kawasan di selatan Thailand kini dilanda jerebu dengan kualiti udara di Phuket dan Hat Yai sudah mencapai tahap tidak sihat. Memetik laporan Straits Times, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Phuket mencecah 158 pada jam 9 pagi ini, namun menurun ke 119 pada tengah hari. Manakala…

Garis Panduan Baharu Pasar Malam Kuat Kuasa 2021

M Update, 24/9/2019 – Peniaga pasar malam yang gagal mematuhi garis panduan baharu pasar malam akan menghadapi penggantungan lesen selama sebulan apabila peraturan itu dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata garis panduan itu akan terpakai di semua pasar malam serta pasar tani dan pasar…

Maut Selepas Melamar Dalam Laut

M Update, 23/09/2019 – Impian seorang lelaki dari Amerika Syarikat menjadikan saat melamar kekasih sebagai detik istimewa dengan melakukannya di dalam air bertukar tragedi apabila dia lemas sebaik selesai membuat lamaran itu. Fox News melaporkan, Steven Weber Jr dari Louisiana, lemas selepas melamar teman wanitanya, Kenesha Antoine, ketika mereka bercuti di…

Bilik Darjah Runtuh Di Nairobi

M Update, 23/09/2019 – Tujuh pelajar maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas bilik darjah mereka runtuh dalam kejadian di Nairobi, Kenya pagi tadi. AFP yang memetik St John Ambulance menerusi akaun Twitter berkata, kejadian itu berlaku di Previous Talent Academy di Dagoretti. “Tujuh maut, beberapa lagi cedera selepas bilik darjah…

Tun M Penerima Sulung Anugerah Khas USM

M Update, 23/9/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penerima sulung Anugerah Khas Kelestarian Canselor pada Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena sambutan ulang tahun ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini. Canselor USM, yang juga Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan anugerah itu kepada…