Input your search keywords and press Enter.

Empat Ditahan Susulan Kematian Gajah

M Update, 2/10/2019 – Polis mengesahkan empat individu ditahan berhubung kematian gajah Pygmy Borneo yang ditemui di Hulu Sungai Udin, Dumpas, Tawau, pada 25 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, tangkapan membabitkan tiga individu tempatan dan seorang warga asing. Menurutnya, maklumat lanjut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, petang ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bangkai gajah malang itu ditemui di sungai berkenaan dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada peluru yang menembusi tengkorak.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga dilapor berkata, terdapat kesan kira-kira 70 peluru di dalam badan haiwan itu. Katanya, kebanyakan peluru mungkin menyebabkan kesakitan tetapi satu peluru menembusi tengkorak, manakala gadingnya dipotong dan diambil pemburu. Susulan itu, ganjaran RM30,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat bagi mengesan pemburu terbabit. – HM Online

Leave a Reply