Input your search keywords and press Enter.

PCC Pertingkat Pemantauan Keselamatan, Trafik Putrajaya

M Update, 2/10/2019 – Putrajaya Command Centre (PCC) yang dilancarkan hari ini berfungsi sebagai pusat pemantauan berpusat keseluruhan aktiviti perbandaran Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Ia meliputi pemantauan keselamatan, trafik, kualiti alam sekitar, infrastruktur dan bencana alam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata PCC dilengkapi butang panik yang boleh berkomunikasi dengan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekiranya berlaku kecemasan serta mempunyai fungsi audio dan video. Katanya, sehingga kini sebanyak 262 CCTV dan 39 unit butang panik disambung ke pusat itu dan Perbadanan Putrajaya akan memasang 200 lagi CCTV dan butang panik menjelang 2020. CCTV bestari menggunakan analisis video pintar serta kualiti video berdefinisi tinggi berkemampuan mengesan sehingga jarak empat kilometer.

Sensor internet untuk semuanya (IoT) pula bertindak mengesan pencemaran dan memantau kualiti alam sekitar serta mengesan gangguan operasi infrastruktur. Papan buletin elektronik berpusat pula membolehkan petugas menghantar mesej keselamatan kepada orang awam,” katanya. Khalid berkata, penggunaan analisis video pintar (IVA) membantu petugas melaporkan insiden mencurigakan termasuk tingkah laku manusia yang bergerak seperti mahu melakukan jenayah.

Seterusnya katanya, mengesan penceroboh ke kawasan larangan atau sensitif; mengesan perhimpunan tempat awam; mengesan objek atau barang dialih dan ditinggalkan. Beliau berkata, IVA turut mengesan kenderaan dipandu melawan arus, berhenti di tempat tidak sepatutnya dan kemalangan jalan raya. Sistem ini juga akan disambung ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya bagi tujuan pemantauan bersama,” katanya. – BH Online

Leave a Reply