Input your search keywords and press Enter.

KPDNHEP, Shopee Kerjasama Promosi Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’

Foto : FB KPDNHEP

M Update, 4/10/2019 – Kerajaan bekerjasama dengan platform e-dagang, Shopee dalam usaha mempromosikan kempen ‘Beli Barangan Malaysia’.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata industri e-dagang berkembang pesat di seluruh dunia sekali gus memberikan peluang yang besar kepada pengguna dan usahawan. Katanya, pertumbuhan pesat Shopee sebagai platform e-dagang menyaksikan penggunanya mencecah 200 juta di rantau ASEAN dan 20 juta di Malaysia.

Lebih 2,300 produk tempatan yang diniagakan oleh 130 usahawan diketengahkan menerusi platform berkenaan. Kempen Beli Barangan Malaysia ialah inisiatif oleh KPDNHEP bertujuan mendidik pengguna mengenai kehebatan kualiti dan kepelbagaian pilihan produk tempatan yang ada di pasaran.

KPDNHEP turut meluaskan skop kempen di saluran runcit menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan, lapangan terbang, stesen minyak dan platform e-dagang. Menerusi kerjasama dengan Shopee, kami harap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing serta mula mengeksport ke Singapura dulu,” katanya.

Zed Li berkata Majlis Pelancaran 10.10 Brands Festival Shopee turut dilancarkan bersama kempen Beli Barangan Malaysia yang bertujuan mempromosi produk buatan tempatan disamping membantu usahawan tempatan untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Shopee menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk tempatan yang popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Datuk Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane dan OldTown White Coffee.

Kempen ini juga mendapat sokongan selebriti daripada ‘Shopee Selebriti Skuad’ yang turut mengetengahkan produk masing-masing antaranyaTya Ariffin, Amy Search dan Nana Mahazan,” katanya.

Bermula dengan ‘10.10 Brands Festival’ Shopee akan muka mengetengahkan barangan ini untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan 12.12. – BH Online

Leave a Reply