Input your search keywords and press Enter.

Diskaun Bayaran Premium Insurans Kepada Pemandu Berhemah Dilaksana Januari 2020

M Update, Pemberian diskaun bayaran premium insurans kenderaan kepada pemandu berhemah akan dilaksanakan Januari tahun hadapan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Melalui inisiatif itu pemandu yang tidak pernah memiliki rekod melakukan kesalahan jalan raya akan diberikan ganjaran seperti pengurangan premium insurans atau tambahan diskaun ke atas NCD yang tidak mempunyai tuntutan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, proses mengemaskini perkongsian maklumat pemandu daripada rekod sistem Mysikap milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini di peringkat akhir.

Beliau berkata, perbincangan bersama Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) juga telah dilakukan yang turut bersetuju langkah tersebut dilaksanakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.

“Semua mekanisme diperlukan bagi menikmati pemberian diskaun itu sudah di peringkat akhir penyediaan dan akan diumumkan hujung tahun ini,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply