Input your search keywords and press Enter.

Tun M : Majlis Tindakan Perubahan Iklim Bakal Ditubuh

M Update, 10/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Nasional (MTPIN), selari janji digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Penubuhan majlis itu akan dibentuk menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia yang hari ini dijenamakan semula sebagai Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTCCC). Langkah ini selari komitmen kerajaan diterajui PH untuk mengekalkan saiz penjawat awam dan mengurangkan kos perbelanjaan dengan mengoptimumkan aspek perkhidmatan.

Usaha kerajaan untuk merintis corak pembangunan lestari di negara ini juga harus bersandarkan tiga asas utama supaya ia tidak mencetuskan impak negatif terhadap perubahan iklim dan alam sekitar.

Tiga asas atau tiang seri ini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mengekalkan aspek alam sekitar yang utuh dan pada masa sama memelihara kebajikan masyarakat,” katanya pada ucaptama perasmian Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2019 Ke-10, di sini, hari ini. Mengulas proses penubuhan MTPIN, Bee Yin pula berkata, badan penyelaras bagi menerajui pembentukan majlis itu akan diwujudkan sebelum hujung tahun ini dan disusuli penjenamaan semula MGTCCC.

Tahun depan, kita akan melaksanakan pelbagai usaha lebih bersepadu dan tersusun dalam merangka pelan tindakan perubahan iklim sedunia. Tahun ini, banyak usaha lebih terarah kepada aspek tenaga boleh diperbaharui menerusi kerjasama di pentas antarabangsa, mencakupi isu pengiraan karbon dan pelbagai usaha lain. Jika kita ada agensi pusat yang khusus, ia akan menjadi wadah dan fokus kepada penggiat industri di peringkat antarabangsa, sekali gus memudahkan banyak usaha kerjasama dan proses pendanaan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply