Input your search keywords and press Enter.

Bayi Ajaib, Ditemui Selamat Selepas Ditanam Selama Beberapa Jam

M Update, 15/10/2019 – Seorang bayi pramatang berusia tiga hari ditemui selamat selepas ditanam selama beberapa jam oleh keluarganya di Uttar Pradesh, India.

Daily Mail melaporkan, bayi itu diselamatkan oleh sepasang suami isteri, Hitesh Kumar dan Vaishali ketika ingin menggali kubur bayi mereka yang meninggal dunia akibat keguguran.

Bayi perempuan yang kini berusia lima hari terbabit ditemui berbalut dalam kain dan disumbat dalam periuk tanah liat sebelum ditanam.

Dia yang mengalami kesukaran bernafas terus dihantar ke hospital dan dirawat akibat jangkitan paru-paru.

Menurut doktor, dia kemungkinan mendapat oksigen melalui liang tanah yang membolehkannya terus hidup.

“Beratnya hanya 1.08 kilogram dan keadaan menunjukkan dia adalah bayi pramatang yang berusia tiga hari ketika dibawa ke hospital.

“Bayi pramatang biasanya tidak memerlukan bekalan oksigen yang banyak untuk hidup. Bagaimanapun, bayi ini mempunyai semangat yang kuat,” kata Dr Saurabh Anjan.

Leave a Reply