Input your search keywords and press Enter.

Tahniah, Dr Serena Bakal Terima Anugerah Josef Steiner

M Update, 17/10/2019 – Seorang saintis Penyelidikan Kanser United Kingdom (CRUK), Dr Serena Nik Zainal yang juga warga Malaysia, bakal menerima Anugerah Josef Steiner atas kejayaannya melakukan kajian terhadap penafsiran genom kanser secara menyeluruh.

Anugerah berkenaan akan disampaikan di University of Bern, Switzerland, esok. Berdasarkan kajian beliau bertajuk ‘Accelerating holistic cancer genome interpretation towards the clinic’, mutasi dalam tumor kanser boleh dianalisis menggunakan kaedah bioinformatik yang baharu. Ia sekali gus membolehkan pendekatan baharu untuk terapi kanser yang disasarkan.

Dr Serena yang juga Pakar Perunding di Klinik Genetik di Universiti Cambridge, menjelaskan halangan utama bagi teknologi genom dan konteks klinik itu ialah ia memerlukan kepakaran menyeluruh serta analisis klinikal untuk difahami.

Gabungan analisis komputer dan eksperimen akan membantu pemahaman terhadap kanser genom ini,” katanya menerusi satu kenyataan dalam laman sesawang rasmi Universiti Cambridge.

Anugerah Josef Steiner pada asalnya juga dikenali sebagai Hadiah Nobel Penyelidikan Kanser. – BH Online

Leave a Reply