Input your search keywords and press Enter.

Bunuh Gajah : Pengawal Keselamatan Ditahan

M Update, 21/10/2019 – Seorang pengawal keselamatan ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes gajah Pygmy Borneo ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Beluran, beberapa hari lalu. Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah kawasan sebuah ladang kira-kira 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, tiada pengakuan pembabitan dalam kes berkenaan daripada lelaki yang ditahan. Katanya, lelaki berkenaan ditahan pegawai penyiasat Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk membantu siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat pergerakan keluar masuk ladang berkenaan. Buku daftar masuk dan keluar juga diambil untuk pemeriksaan rekod bagi membantu siasatan.

“Dalam masa sama, pegawai penyiasat JHL turut mengambil keterangan daripada pengurus ladang yang menemui bangkai gajah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam,tular satu bangkai gajah ditemui dengan lima luka akibat ditembak ditemui mati. Gajah yang dianggarkan berusia 25 tahun itu mempunyai berat kira-kira 2.5 tan dan berketinggian kira-kira 2.5 meter.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa luka lama dipercayai kesan tembakan pada bahagian punggung haiwan, namun tidak menembusi bahagian kulit dan hasil pemeriksaan juga mendapati gadingnya sudah tiada. – HM Online

Leave a Reply