Input your search keywords and press Enter.

Nadma : 420 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Seluruh Negara

M Update, 25/10/2019 – Seramai 420 mangsa daripada 101 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang dilanda banjir setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor, seramai 214 mangsa banjir daripada 49 keluarga telah dipindahkan ke empat PPS. Pusat terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang dan SK Parit Haji Adnan di Pontian serta SK Sungai Kajang dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah di Batu Pahat.

Di Selangor, seramai 91 mangsa daripada 24 keluarga telah berpindah ke PPS di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfield di Kuala Selangor.

Di Perak pula, seramai 84 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan ke SK Changkat Lobak di Kerian, manakala di Pulau Pinang, seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga berpindah ke PPS di Tadika Kemas Kampung Manggis, Seberang Perai.

Laporan Nadma itu turut memaklumkan mengenai amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga jam 12 tengah hari ini. – Bernama

Leave a Reply