Input your search keywords and press Enter.

TPM : Basikal Lajak Sememangnya Haram Berada Di Jalanraya

M Update, 1/11/2019 – Basikal lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Basikal lajak ni memang tiada brek, itu dah memang salah, sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini. Basikal lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian lapan kanak-kanak yang sedang berbasikal lajak pada 2017.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memantau keberadaan anak-anak supaya tragedi seperti itu tidak berulang. – Bernama

Leave a Reply