Input your search keywords and press Enter.

Serangan Di Pos Kawalan Keselamatan Di Thailand, 15 Anggota Sukarela Maut

M Update, 06/11/2019 – Dua serangan di pos kawalan keselamatan menyebabkan 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita dan empat lagi cedera dalam kejadian lewat malam tadi.

Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol Prabpal Meemongkol berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan) semalam, polis menerima laporan dua pos kawalan keselamatan iaitu di Mukim Lampaya dan Kampung Thung Sadao dipercayai diserang anggota kumpulan bersenjata.

“Ketika kejadian, anggota sukarelawan yang sedang bertugas di dua pos kawalan keselamatan telah diserang oleh kumpulan anggota bersenjata dan menyebabkan berlaku berbalas tembakan yang sengit.

“Lapan anggota sukarelawan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi di Hospital Yala. Empat lagi yang cedera kini dirawat di hospital sama.

“Kumpulan penyerang turut melarikan lapan laras senjata,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jarak kedua-dua pos kawalan itu antara 3 kilometer.

Selain itu, Prabpal berkata kumpulan penyerang turut mengebom tiang elektrik, membakar tayar dan menabur paku di sepanjang Jalan Lampaya-Lammai untuk menyukar usaha pihak berkuasa menjejaki mereka.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kumpulan penyerang itu merupakan anggota bersenjata yang bergerak aktif di kawasan itu,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply