Input your search keywords and press Enter.

Generasi Muda Perlu Digalak Pelajari Ilmu ‘Computer Coding’

M Update, 13/11/2019 – Generasi muda khususnya pelajar digalak mempelajari ilmu pengekodan komputer atau ‘computer coding’ dalam usaha meningkatkan kemahiran bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, golongan muda seharusnya berani berfikir di luar kotak dalam menambah ilmu mereka dan meningkatkan literasi berkaitan ilmu komputer.

“Dalam mendepani IR4.0, kita tidak boleh lagi terlalu bergantung pada sistem pembelajaran konvensional, kita perlu bersaing dengan golongan muda dari luar negara yang rata-ratanya mempunyai literasi yang tinggi mengenai ilmu komputer.

“Sistem pendidikan di Malaysia seharusnya didedahkan dengan mata pelajaran ‘coding’ dan para pelajar harus merebut peluang ini supaya syarikat-syarikat gergasi dapat menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan kerana pada masa itu kita sudah ada generasi yang berpengetahuan luas mengenainya,” katanya.

Beliau turut memuji usaha murni syarikat HP Inc. Malaysia, UniKL BMI dan Microsoft yang telah mengadakan inisiatif kelas percuma kepada pelajar untuk belajar mengenai ilmu asas ‘coding’ serta turut berharap golongan pelajar untuk tidak merugikan peluang yang ada bagi menambah ilmu baharu. – Bernama

Leave a Reply