M Update, 18/11/2019 – Golongan peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan makanan dengan sesuka hati pada musim cuti sekolah ini.
Isu itu akan timbul setiap kali musim cuti berikutan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan pemantauan lebih aktif bagi mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Pengguna juga diminta membuat laporan kepada KPDNHEP sekiranya berlaku peningkatan harga mendadak pada musim cuti sekolah manakala pihak berkuasa menyediakan pelbagai medium untuk menerima aduan termasuk laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.