Input your search keywords and press Enter.

Semua Pihak Perlu Mainkan Peranan Sediakan Peluang Pekerjaan

M Update, 21/11/2019 – Semua pihak perlu memainkan peranan proaktif dalam menghadapi cabaran akibat pengangguran kerana ia memberikan kesan kepada masyarakat jika dibiarkan.

Insentif pengambilan pekerja yang dibangunkan oleh kerajaan menerusi program Malaysia @ Work adalah persiapan negara dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bakat sedia ada dan generasi akan datang. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negara ini pada April lalu ialah 3.4 peratus. Pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 523,300 orang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata program itu diyakini boleh menyelesaikan cabaran pekerjaan dalam pasaran. Peruntukan sebanyak RM6.5 bilion untuk Malaysia @Work akan mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang, selain peluang belajar dan mewujudkan kerjasama dengan beberapa kementerian,” katanya.

Program Malaysia @ Work disasarkan kepada segmen khusus tenaga kerja meliputi golongan belia melalui Graduates @ Work dan Apprentice @ Work; bagi wanita pula menerusi Women @ Work dan Local @ Work kerana generasi akan datang bakal mewarisi negara dan kehidupan mereka menentukan masa depan negara.

Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) membuka banyak peluang di Malaysia dalam sektor teknikal dan vokasional untuk menggalakkan belia menjadi mahir dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) melalui program Apprentice @ Work.

“Jika kita melakukan ini dengan baik, Malaysia @ Work akan menjadi jawapan untuk memacu kemajuan yang mapan dan kesejahteraan sosial yang menyeluruh untuk seluruh negara, ” kata Perdana Menteri.

Dana yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyaksikan pembabitan aktif Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia juga akan memainkan peranan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Beliau menegaskan bukan saja kementerian terbabit yang bertanggungjawab terhadap program itu, malah berharap setiap anggota Kabinet menyokong keseluruhan program itu.

“Teknologi pada hari ini memberi cabaran kepada pelbagai industri dengan pemain industri perlu mengubah cara menguruskan perniagaan mengikut perkembangan semasa.

“Misalnya dalam industri media, bekerja (dengan) cara tradisional tidak lagi sesuai yang menyaksikan banyak syarikat ditutup, begitu juga industri perubatan, robot menjadi lebih baik berbanding pakar bedah dalam pembedahan yang rumit,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply