Input your search keywords and press Enter.

Maut Dalam ‘Kari Panas’

Kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital. Foto Agensi

M Update, 22/11/2019 – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas di Telangana, India pada Ahad lalu.

Daily Mail yang memetik New Indian Express melaporkan, kejadian di daerah Ranga Reddy berlaku apabila mangsa, Suresh dikatakan leka bermain di tempat memasak ketika menghadiri sebuah majlis bersama bapanya.

Dia secara tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk kari yang menggelegak itu sebelum dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia kelmarin.

Sebelum ini, kejadian sama dilaporkan berlaku pada awal bulan ini apabila kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terjatuh ke dalam hidangan itu di sekolahnya di Panyam, Kurnool, lapor India Today.

Dia terjatuh ketika berlari untuk mengambil makanan tengah hari dan polis mengemukakan kes terhadap pengurusan sekolah kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Leave a Reply