Input your search keywords and press Enter.

Sanggup Menyamar Jadi Juruterbang Kerana Ingin Menaiki Penerbangan Percuma

Lelaki yang ditahan kerana menyamar sebagai Juruterbang. Foto Agensi

M Update, 22/11/2019 – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang semata-mata ingin menaiki penerbangan secara percuma.

News.com.au yang memetik The Sun melaporkan, lelaki terbabit mendakwa dia adalah juruterbang bagi syarikat penerbangan Lufthansa namun dikesan cuba menaiki pesawat AirAsia di India.

Perbuatan itu terbongkar apabila pengurusan Lufthansa bersemuka dengan lelaki itu sebelum dia membuat pengakuan menyamar sebagai juruterbang.

Menurutnya, dia menggunakan kad pengenalan palsu sejak enam bulan lalu selepas ia dibeli di Bangkok, Thailand.

Katanya, dia sebelum ini menyamar sebagai perunding di Lufthansa sebelum berpura-pura menjadi juruterbang.

MENGAKU juruterbang syarikat penerbangan Lufthansa. FOTO Agensi

Leave a Reply