Input your search keywords and press Enter.

Penutupan Lorong Secara Berkala di Lebuhraya Sungai Besi

Gambar Hiasan

M Update, 26/11/2019 – Penutupan sebahagian lorong di tiga tempat di Lebuhraya Sungai Besi (Arah Sungai Besi dan Arah Kuchai Lama) akan dilanjutkan dari 27 Nov hingga 19 Dis bagi kerja-kerja menanggalkan tiang lampu jalan, kajian prapembinaan serta kerja berkaitan.

MMC-Gamuda dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerja-kerja itu akan dilakukan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi selama 23 hari dan penutupan dibuat secara berkala melibatkan tiga tempat – Penutupan A, Penutupan B dan Penutupan C – dengan setiap bahagian meliputi jarak 500 meter.

Penutupan A membabitkan bahagian lorong paling kiri ke arah Sungai Besi berhampiran Kg Malaysia Raya manakala untuk Penutupan B, lorong paling kiri selepas susur keluar ke Lebuhraya Sungai Besi (Arah Kuchai Lama) dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) juga akan ditutup. Sementara itu, Penutupan C pula membabitkan lorong paling kanan arah Sungai Besi dan arah Kuchai Lama.

“Penutupan lorong akan dilaksanakan secara berkala dan dua atau tiga lorong akan disediakan kepada pengguna jalan raya di kedua-dua arah pada setiap waktu penutupan,” menurut kenyataan itu lagi.

Syarikat itu menasihatkan pengguna untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas. – BERNAMA

Leave a Reply