Input your search keywords and press Enter.

Pelepasan Air Empangan Kenyir Palsu

M Update, 2/12/2019 – Orang ramai diminta untuk tidak menular berita palsu mengenai pelepasan air Empangan Kenyir bagi menurunkan paras takungan hingga menyebabkan banjir besar di Terengganu dan Kelantan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, paras empangan itu normal iaitu 140 meter (m) dan tidak berlaku pelepasan air.

“Tiada pintu rahsia Empangan Kenyir yang dibuka atau ditutup, sebaliknya air daripada empangan itu akan melimpah keluar apabila melebihi had, mengikut saluran limpah bersebelahan empangan.

“Jadi tidak perlu cemas dengan berita yang tular itu, sebaliknya dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan banjir di Kampung Matang di Kuala Berang, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai pintu pelepasan air di Empangan Kenyir dibuka dan menyebabkan berlakunya banjir besar. Mengikut rekod, paras normal air di Empangan Kenyir adalah 145m, amaran melebihi 150m dan paras kecemasan melebihi 153m.

Mohd Adli meminta orang ramai menghentikan penularan berita tidak sahih itu kerana ia boleh menimbulkan perasaan panik penduduk dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Multimedia 1998. – HM Online

Leave a Reply