M Update, 03/11/2019 – Kejadian pelik tapi benar dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dimana seorang bayi dilahirkan dengan tanda lahir seakan topeng Btaman yang memenuhi kawasan muka. Bayi berkenaan yang bernama Luna dilahirkan di Florida.
Setelah berusia lapan bulan, ibunya, Carol Fenner telah membawa Luna ke Rusia untuk berjumpa dengan seorang doktor, Dr Papel Popov bagi membuang tanda lahir berkenaan.
Ibu Luna bersetuju untuk membaw anaknya ke Rusia bagi mendapatkan rawatan terbaru yang dijanjikan tidak menyakitkan.
Rawatan pertama berjalan dengan lancar apabila dr berkenaan berjaya membunag lapisan tanda lahir pada bahagian dahi. Selepas rawatan pertama, ibu Luna mengakui rawatan yng diterimanya di Rusia itutidak menyakitkan berbanding di Amerika.