Input your search keywords and press Enter.

Saksi Kemalangan Diminta Tampil Bantu Siasatan

M Update, 12/12/2019 – Saksi kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 23.2 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur, Gombak Ahad lalu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan 12.12 tengah malam tadi. Berdasarkan laporan diterima, mangsa, Muhammad Shahril Shaiful Anuar, 24, yang menunggang motosikal Yamaha R25 ditemui terbaring di pembahagi jalan sebelah kiri oleh orang awam.

“Motosikalnya pula ditemui di lorong kiri dengan mengalami pelbagai kerosakan. Bagaimanapun punca kemalangan masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata, akibat kemalangan itu, mangsa parah di bahagian kepala, tangan serta bahu dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang. Katanya, siasatan di lokasi mendapati laluan mempunyai tiga lorong selekoh ke kanan dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.

Selain itu, terdapat kesan serpihan motosikal mangsa di lorong kanan laluan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Dzulhafizie Abd Rasid di talian 013 7465469.

Terdahulu, satu video berdurasi 56 saat menunjukkan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa menaiki ambulans tular di media sosial, sejak beberapa hari lalu. – HM Online

Leave a Reply