Input your search keywords and press Enter.

NGO Berdaftar Di bawah NADMA Bantu Mangsa Banjir

M Update, 18/12/2019 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti khidmat bantuan peringkat komuniti bagi membantu mangsa bencana banjir.

Terdapat 150 NGO berdaftar di bawah Nadma sejak penubuhannya pada 2014. Mereka ini sentiasa bersama Nadma melalui kursus-kursus bersama dan sekarang ini mereka ada di lapangan, serta mereka memainkan peranan dengan sangat aktif.

Kumpulan NGO ini akan dimaklumkan tentang keperluan dan maklumat lokasi yang memerlukan bantuan bagi memastikan saluran bantuan lebih tersusun dan sampai kepada pihak berkeperluan.

Nadma dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut bekerjasama dalam usaha mengurangkan impak banjir di negara ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bertindak pantas setiap kali berlaku bencana.

Ketika ini, Nadma bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi memberi amaran awal menerusi maklumat MetMalaysia yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp apabila banjir semakin buruk.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata masyarakat perlu lebih cakna dan cepat bertindak apabila menerima maklumat amaran cuaca dari agensi itu agar perkara tidak diingini dapat dielakkan.

Masyarakat perlu sentiasa berada dalam keadaan yang lebih bersiap sedia untuk menghadapi bencana memandangkan ia berlaku saban tahun dan pihaknya turut mengeluarkan amaran awal serta perkembangan terkini cuaca untuk makluman orang ramai.

Sumber : Bernama

Leave a Reply