M Update, 20/12/2019 – Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ (CRS) pada kenderaan lain seperti bas dan ambulans.
Buat masa ini Kementerian Pengangkutan hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.
“Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain, namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama ini, kita hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.
“Ini kerana untuk melaksanakan langkah baharu, bukan mudah dan memang sukar, maka kita mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian ini.
“Selepas itu, kita akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut,” – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Sumber : Bernama