Input your search keywords and press Enter.

Graduan Protes : Kerajaan Tidak Campur Tangan Tindakan UM – PM

M Update, 16/10/2019 – Kerajaan tidak perlu campur tangan terhadap tindakan yang di ambil Universiti Malaya (UM) membabitkan graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata universiti berkenaan berhak mengambil tindakan yang dirasakan sesuai terhadap graduan berkenaan. Katanya, tanda protes oleh graduan itu tidak sepatutnya ditunjukkan pada istiadat konvokesyen berkenaan.

“Kita ada prosedur, peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Protes boleh di buat tetapi bukan mengganggu istiadat berkenaan,” katanya.

Semalam, UM membuat laporan polis terhadap graduan berkenaan. Dalam kejadian Isnin lalu, seorang graduan kejuruteraan awam sebaik menerima skrol ijazah mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’.

Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menjerit “ini tanah Malaysia” selepas menerima ijazah di atas pentas bagi sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam. Perdana Menteri berkata, sesiapa saja boleh membuat protes tetapi bukan dalam majlis sedemikian. Beliau mencadangkan supaya sebarang bentuk protes oleh graduan dibuat di tempat lain yang lebih sesuai.

Leave a Reply