Input your search keywords and press Enter.

Mangsa Banjir di Kelantan Menurun

M Update, 20/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 2,113 mangsa daripada 779 keluarga, setakat 2 petang ini.

Mereka ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas turut menurun kepada 1,872 orang daripada 709 keluarga di sembilan PPS.

Di Tanah Merah, mangsa banjir menunjukkan penurunan mendadak iaitu 59 mangsa daripada 20 keluarga di satu PPS.

Ia diikuti mangsa banjir di Jeli membabitkan 182 orang daripada 50 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, mengikut laporan di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, www.publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya dengan bacaan 10.31 meter.

Dalam pada itu, enam jalan masih ditutup masing-masing empat di Pasir Mas dan dua di Tanah Merah.

Antara jalan ditutup ialah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah; By Pass Banggol Kulim-Rantau Panjang; Jalan Bunga Raya dan Jalan Sekolah Cina di bandar Rantau Panjang di daerah Pasir Mas.

Turut ditutup, Jalan ke Loji Air Bukit Remah dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Tanah Merah.

Sumber : Bernama

Leave a Reply