Input your search keywords and press Enter.

Kemalangan Maut : Polis Mohon Saksi Tampil Bantu Siasatan

M Update, 23/12/2019 – Polis memohon bantuan saksi awam untuk tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 33.3 Lebuh Raya Persekutuan arah ke ibu negara, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, S Selvam @ Mooken, 49, meninggal dunia apabila motosikal Honda Wave ditunggangnya dikatakan merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V yang berhenti di lorong kecemasan. Akibat perlanggaran itu, mangsa yang juga seorang pekerja bengkel cat kenderaan, maut di lokasi nahas.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Difahamkan, pemandu SUV memberhentikan kenderaannya bagi membantu berikuta kenderaan seorang rakannya rosak di lorong kecemasan terbabit. Susulan itu, polis memohon saksi kemalangan berkenaan untuk tampil membantu siasatan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Saksi boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Mohd Nazreen Shaharuddin, melalui talian 010-2105101. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Leave a Reply