Input your search keywords and press Enter.

Waktu Solat Subuh Di Melaka Dilewatkan Lapan Minit – Mufti

M Update, 31/12/2019 – Waktu solat subuh di negeri ini dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.

“Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov (lepas) memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.

“Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Pada 29 Nov lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilaporkan berkata walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada negeri-negeri. – BERNAMA

Leave a Reply