M Update, 9/1/2020 – Kerajaan mengekalkan pembekuan kadar kenaikan tol bagi tempoh sepanjang tahun 2020 sebagaimana langkah sama yang sudah dilaksanakan tahun lalu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, langkah membekukan kadar kenaikan tol itu akan membabitkan semua lebuh raya di negara ini. Beliau berkata, pelaksanaan itu akan menyebabkan kerajaan menanggung kira-kira RM1 bilion kepada konsesi dan kemungkinan jumlahnya akan lebih meningkat.
“Memasuki 1 Januari 2020 semua pengguna lebuh raya masih membayar kadar tol pada harga sedia ada. Kita tak dapat liputan mengenai perkara ini sedangkan kesannya besar kepada masyarakat.
“Saya rasa sekiranya Pakatan Harapan (PH) masih ada, dijangka untuk tahun depan juga (kerajaan mengekalkan kadar tol sama),” katanya.
Sumber : HM Online