Input your search keywords and press Enter.

Permohonan Lanjut Pengajian Ke Timur Tengah Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

M Update, 21/1/2020 – Pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Jan, 2020 (Selasa) pukul 2.00 petang sehingga 3 Feb, 2020 (Isnin) pukul 11.59 malam.

Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat pula dibuka pada 21 Jan, 2020 (Selasa) pukul 2.00 petang dan ditutup pada 9 April, 2020 (Khamis) pukul 11.59 malam, katanya. Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara dalam talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April, 2020 (Khamis) pukul 11.59 malam.

KPM berkata permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya diproses oleh KPM sahaja.

โ€œKPM tidak melantik mana-mana ejen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan ejen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri,โ€katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226 No. Faks : 03-8870 6853

Facebook : Education Malaysia Division Google : timurtengah@bem

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply