Input your search keywords and press Enter.

Jumlah Maut Meningkat Kepada 490 Orang

M Update, 5/2/2020 – Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian, hari ini.

Dalam taklimat hari ini daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu, dengan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500 kes, berpandukan kepada perangkaan dikeluarkan kerajaan persekutuan sebelum ini.

Wabak berkenaan yang sudah diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global, dipercayai bermula Disember lalu di sebuah pasar menjual hidupan liar di ibu negeri Hubei, Wuhan. Kes membabitkan coronavirus ketika ini dilaporkan berlaku di lebih 20 negara seluruh dunia.

Semalam, Hong Kong mencatatkan kematian pertama akibat penyakit itu, serentak dengan penutupan dua laluan yang menghubungkan wilayah separa autonomi berkenaan dengan tanah besar China. – AFP

Leave a Reply