Input your search keywords and press Enter.

30 Individu Dijadikan Tebusan Di Pusat Beli-Belah Di Manila

M Update, 2/3/2020 – Kira-kira 30 individu didakwa telah dijadikan tebusan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Filipina, menurut polis hari ini.

Maklumat awal yang diperoleh pihak berkuasa mendapati dalang insiden di V-Mall di kawasan Greenhills di bandar San Juan, Manila itu dipercayai seorang bekas pengawal keselamatan di premis terbabit.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Johnson Almazan memaklumkan beberapa das tembakan turut didengari di sekitar kawasan tersebut. Susulan itu, pasukan polis telah dikerah ke lokasi kejadian.

Sementara itu, pengguna media sosial mendakwa pusat beli-belah tersebut telah ditutup. – Agensi

Leave a Reply