Input your search keywords and press Enter.

Azam Baki Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

M Update, 9/3/2020 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Pelantikan berkuat kuasa mulai 9 Mac 2020. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, pelantikan Azam adalah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, SPRM 2009 yang turut memperkenankan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk meletakkan jawatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Puan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa pada 9 Mac 2020,” menurut kenyataan itu lagi.

Kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jumaat lalu, SPRM mengesahkan Latheefa telah menghantar surat permohonan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Latheefa dilantik memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Leave a Reply