Input your search keywords and press Enter.

HSA Tidak Arah Tutup Larkin Sentral

M Update, 25/3/2020 – Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, tidak pernah mengarahkan Larkin Sentral ditutup.

Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mengatakan pihaknya meminta Larkin Sentral ditutup. Katanya, kuasa arahan perintah tutup mana-mana premis dan fasiliti awam atau kerajaan bukan di bawah bidang kuasa HSA.

“Berdasarkan mesej berangkai berkenaan pihak HSA meminta pihak pengurusan Larkin Sentral Johor Bahru menutup fasiliti itu kepada orang awam apabila terdapat seorang yang jatuh secara tiba-tiba dipercayai berpunca daripada Covid-19.

“Masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang maklumat yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Leave a Reply