Input your search keywords and press Enter.

JKNS : Tiada Kematian Covid-19 Di PPR Taman Harmoni

M Update, 6/4/2020 – JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan berita tular mendakwa kononnya berlaku kematian disebabkan koronavirus baharu (Covid-)19 di PPR Taman Harmoni, Sandakan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, mesej berkenaan tular menerusi aplikasi sosial Whatsapp. Beliau berkata, berita itu palsu dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara terbabit.

“Selain itu, kami juga meminta pihak tertentu tidak mempolitikkan isu kesihatan, terutama membabitkan penularan wabak Covid-19. Orang awam sebaliknya harus memberikan sokongan yang padu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS dalam usaha menangani wabak ini,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, semalam.

Sumber : BH ONline

Leave a Reply