Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Pelajar Universiti Perlu Kekal Di Kampus Jika PKP Dilanjutkan - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Universiti Perlu Kekal Di Kampus Jika PKP Dilanjutkan

M Update, 10/4/2020 – Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pelajar universiti akan dikekalkan sekiranya perintah itu memasuki fasa ketiga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelajar universiti akan tetap berada di dalam kampus dan mereka tidak boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Sekiranya (PKP) masih berjalan… SOP akan berjalan seperti biasa iaitu pelajar akan kekal di kampus dan mereka akan dibekalkan makanan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan keresahan ibu bapa yang mahukan anak mereka pulang sekiranya PKP bersambung minggu hadapan. – BH Online

Leave a Reply