Input your search keywords and press Enter.

Penoreh Getah Maut Terkena Tembakan

M Update, 13/4/2020 – Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan dilepaskan rakannya yang menyangka kera yang menceroboh kebun getah dan dusun di Mempateh Lanchang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 57 tahun itu sedang memanjat pokok jeting dalam kebun berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata berdasarkan maklumat awal, suspek berusia 65 tahun yang berada di kebunnya, terlihat sekumpulan kera di atas pokok durian di tepi pondok di situ.

“Suspek kemudian mengambil senapang patah miliknya dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan kera terbabit yang melarikan diri ke atas pokok bidara. Sejurus melepaskan satu das tembakan ke arah kera terbabit, saspek mendengar jeritan mangsa menyebabkan dia berlari ke atas bukit yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian sebelum mendapati mangsa adalah kenalannya.,” katanya di sini, hari ini

“Terkejut dengan kejadian itu, suspek sempat menyambut mangsa yang jatuh dari pokok jering sebelum memapahnya dan dihantar ke klinik berdekatan tetapi meninggal dunia,” katanya.

Mohd Yusri berkata, suspek yang juga seorang pesara, kemudian membuat laporan mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Lanchang. Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Leave a Reply