Input your search keywords and press Enter.

Perlis Negeri Pertama Disytihar Zon Hijau

M Update, 24/4/2020 – Perlis muncul sebagai negeri pertama Zon Hijau COVID-19 kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 turut mencatatkan penurunan di negeri lain di utara Semenanjung.

“Bagaimanapun, kita kena lihat untuk tempoh 14 hari sebelum boleh katakan (Kedan, Pulau Pinang dan Perak) sebagai zon bebas atau hijau,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kluster Pengerang di Johor bukan kluster baharu, sebaliknya dikenal pasti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Apa yang penting (klsuter) di Pengerang memang terkawal dan tiada pertambahan kes berlaku di sana. Kita akan memantau untuk tempoh dua minggu sebelum boleh katakan kawasan itu (Pengerang) sebagai hijau,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sangat menggalakkan sukarelawan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan bagi membantu petugas menangani wabak COVID-19. Katanya, kementerian perlu meneliti kepakaran setiap sukarelawan yang memohon untuk berkhidmat dengan kementerian itu.

“Ramai yang mohon untuk menjadi sukarelawan tetapi mungkin tiada kepakaran. Kita juga kena lihat di mana boleh tempatkan mereka, sama ada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau tempat sesuai. Kita juga perlu lihat pada kemampuan dan keperluan kita di wad, ICU dan sebagainya,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply