Input your search keywords and press Enter.

Pejabat, Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Mulai Hari Ini

Foto Hiasan

M Update, 13/5/2020 – Semua pejabat kerajaan, termasuk kaunter perkhidmatan awam, dibuka sepenuhnya, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet, hari ini, namun ia tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, antara SOP digariskan ialah saringan suhu badan sebelum memasuki premis pejabat kerajaan, selain penyediaan cecair pembasmi kuman dan pelaksanaan nyah cemar secara berkala.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah dibuka kepada orang ramai, hari ini, dan ia akan diikuti pejabat atau kaunter perkhidmatan awam jabatan kerajaan yang lain.

“Bagaimanapun, semua SOP ditetapkan wajib dipatuhi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Leave a Reply